Dalam biasanya kau temu
Tolak itu selalunya ke bawah
Tolak itu pijak henyak
Tolak itu membunuh
Rupanya
Akan tiba satu ketika
Apabila kau difahamkan
Dan kau didatangkan
Dengan erti tolak yang beda
Kau ditolak lebih dari kau fikir kau mampu
Kau ditolak ke satu sisi yang baharu
Sisi yang lain tetapi rupanya eh, ini aku
Kau ditolak untuk dapat udara yang baharu
Tak selesa
Sering sering keliru
Ada masa bergaduh dalam diri
Bukan untuk apa
Untuk kau ingat kembali halatuju diri
Dan setiap satunya
Kau tahu bukan kerana tanganmu
Ia atas kehendak Dia
Dengan izin Dia
Dan tetaplah diri, untuk serah urusanmu sepenuhnya kepada Dia.