Friday, April 5, 2019

Luka

Apa lagi yang lebih pedih
Dari ditumbuk lagi
Pada luka yang sedang menyembuh?

Rabak.
Sesak.

Terasa mahu pergi lari
Mahu nyorok sendiri

Dan kau jadi lebih hiba
Apabila kau tenggelam suara
Suara kau tak mungkin ada harga
Dek mereka yang tak mahu terima

Kau tak mahu sia sia
Dan kembali, kau hiba
Cari cara rawat luka

Kau jumpa.
Ubatnya.
Cukup. Sudah.
Luka tak berhak mencuri hidup kau
Kerana hidup ini, hak kau.
Jangan beri orang curi.

Dan luka, dia pandai sembuh sendiri.

Saturday, January 19, 2019

Tumbuh

Hey
Alang alang mahu tumbuh
Tumbuh lah menjadi teguh
Usah dihirau yang mahu menjatuh

Pandang sekilas kisah semalam
Lihat jalan yang sudah puas kau selam
Pandang hadapan
Jadikan itu semua panduan

Tidak mudah menjadi kuat
Tapi cuba ingat
Apa pilihan lain yang boleh kau buat?

Wednesday, January 2, 2019

Bermula

Bermula berani melontar rasa itu, berat.
Bermula menyusun kata, melontar suara mewakil yang disimpan, terasa sarat.

Aku memulakan lembaran ini dengan, bermula.
Kerana aku tahu, yang aku sakit menelan rasa.

Aku maafkan semuanya.
Aku lepaskan semuanya.

Kerana ini bukan untuk aku saja.
Tapi ini untuk semua.

Supaya Allah akan nanti memandu kita
Ke jalan yang lebih baik.
Dan jadinya ini semua,
Kerana untuk mengajar aku
Apa erti maaf yang sebenar.

Jadilah manusia, Nurul.
Yang penuh dosa
Yang penuh salah silap
Yang sentiasa perlu taubat.