Wednesday, August 30, 2017

Hiris

Ajaibnya
Apabila hirisan tanpa pisau
Tapi sakitnya hanya tuhan yang tahu

Anehnya
Apabila kau duduk diam
Dan kau menelan liur
Kerana terasa hati kau sakit tiba tiba

Hirisan tanpa pedang
Mahupun pisau
Mahupun kaca
Tapi berdarahnya
Keluar tanpa henti

Dan kau terasa lemah
Kekurangan darah.

Monday, August 21, 2017

Sempurna

Aku tidak sempurna
Dan tak perlu menjadi sempurna
Dan tak akan sempurna

Aku penuh dengan palitan dosa
Dan lompong-lompong kekurangan

Lantas aku
Aku hanya dapat menjadi ini
Diri aku yang tempang bertongkat
Mengharap kasih Tuhan

Tuhan yang akan memapah aku
Membawa aku
Menunjuk aku
Jalan yang lurus untuk aku.