Saturday, December 30, 2017

Karma?

Betapa
Allah sayang
Dan menunjuk kuasaNya

Perkara yang dahulu kita benci
Kemudian kini kita jadi faham
Dan mungkin
Yang menerima itu pula merasa
Apa yang pernah aku rasa

Kata orang tentang hidup seperti roda
Ada benarnya

Dan hidup
Juga mengajar
Sungguh mengajar
Tentang sabar dan tenang
Tentang lapang hati dan berhati hati

Dan aku
Si pelajar
Yang tak pernah berhenti belajar

Sempurna bukan penghujungnya
Cukup untuk aku tenang
Untuk aku lebih menjadi si toleransi

Wednesday, August 30, 2017

Hiris

Ajaibnya
Apabila hirisan tanpa pisau
Tapi sakitnya hanya tuhan yang tahu

Anehnya
Apabila kau duduk diam
Dan kau menelan liur
Kerana terasa hati kau sakit tiba tiba

Hirisan tanpa pedang
Mahupun pisau
Mahupun kaca
Tapi berdarahnya
Keluar tanpa henti

Dan kau terasa lemah
Kekurangan darah.

Monday, August 21, 2017

Sempurna

Aku tidak sempurna
Dan tak perlu menjadi sempurna
Dan tak akan sempurna

Aku penuh dengan palitan dosa
Dan lompong-lompong kekurangan

Lantas aku
Aku hanya dapat menjadi ini
Diri aku yang tempang bertongkat
Mengharap kasih Tuhan

Tuhan yang akan memapah aku
Membawa aku
Menunjuk aku
Jalan yang lurus untuk aku.