Thursday, October 6, 2016

Pecah

Sering aku hanyut dan lupa
Mengejar dunia
Mengatur dunia

Hingga hati dan fikiran hilang punca
Lupa tentang mereka
Hati seperti ada batu bata
Nampak tapi tiada rasa

Dan hari ini
Ketika kejap tadi
Hati aku pecah
Empang mata aku melimpah
Nasi lauk yang sedang aku hadap hilang rasa

Wanita hebat usaha ke Gaza
Mereka sudah ada segalanya
Tetapi mereka besar jiwa
Mereka mahu membela saudara aku

Ya Allahhh...
Besar sungguh ujianmu
Untuk kami yang sibuk dengan dunia
Dan untuk mereka yang ditutup dari dunia

Apa yang sedang aku buat ini ya Allah?
Dunia apa ini?
Apa yang sedang aku kejar?

Bantu aku
Supaya yang sedang aku atur
Dan susun
Ini akan membawa kebaikan
Kepada saudaraku di sana.

Sampaikan rasa kasihku ini kepada mereka
Sampaikan rasa maafku ini buat mereka

Hati aku pecah.
Pecah.