Thursday, October 6, 2016

Pecah

Sering aku hanyut dan lupa
Mengejar dunia
Mengatur dunia

Hingga hati dan fikiran hilang punca
Lupa tentang mereka
Hati seperti ada batu bata
Nampak tapi tiada rasa

Dan hari ini
Ketika kejap tadi
Hati aku pecah
Empang mata aku melimpah
Nasi lauk yang sedang aku hadap hilang rasa

Wanita hebat usaha ke Gaza
Mereka sudah ada segalanya
Tetapi mereka besar jiwa
Mereka mahu membela saudara aku

Ya Allahhh...
Besar sungguh ujianmu
Untuk kami yang sibuk dengan dunia
Dan untuk mereka yang ditutup dari dunia

Apa yang sedang aku buat ini ya Allah?
Dunia apa ini?
Apa yang sedang aku kejar?

Bantu aku
Supaya yang sedang aku atur
Dan susun
Ini akan membawa kebaikan
Kepada saudaraku di sana.

Sampaikan rasa kasihku ini kepada mereka
Sampaikan rasa maafku ini buat mereka

Hati aku pecah.
Pecah.

Monday, July 18, 2016

Tamak?

Aku pernah meminta lelaki,
Lalu aku didatangkan,
Dan aku tolak tak mahu.

Aku pernah meminta wang banyak dengan jalan mudah,
Lalu tawarannya datang juga,
Dan aku tolak,
Aku masih ingat Tuhan.

Aku pernah minta perniagaan laris,
Bertindan tindan yang datang,
Dan ada yang terpaksa aku tolak,
Kerana di luar kemampuan aku dan pasukan.

Hakikatnya,
Aku tamak.
Hanya tahu minta.
Minta. Dan minta lagi.

Yang perlu aku minta sebenarnya apa?
Dibuang rasa tamak.

Minta rezeki yang boleh dikongsi,
Minta lelaki yang akan melengkapi,
Minta dijaga hati ini dengan rapi.

Friday, March 11, 2016

Kejar

Yang pipih takkan datang melayang,
Yang bulat takkan datang bergolek.

Detik ini berharga,
Kerana ini penentunya,
Samada mahu bertahan dan maju terus,
Atau berhenti dan angkat tangan.

Sabar. Dan solat.
Sabar.