Sunday, September 30, 2012

Samurai?

Beberapa hari yang lepas, ada orang update fesbuk status
'.....pastu samurai burger plak.'

Tadi,
Ramai.
'Samurai burger-at McD'
'Samurai burger tak sedap..'
'Belum cuba lagi samurai burger.'

Baru aku tahu Samurai Burger tu apa. Beberapa hari lepas, aku sungguh la ingat Samurai Burger tu something like Otai Burger, Nice Burger, Joe Burger.

Kehkeh.

:: apa yang pasti, burger ayam kat SOHO Bangi jugak yang best. Hm hm.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, September 26, 2012

Skuasy

Kalau kita ludah, ludah tu tempek kat muka kita balik
Kalau kita senyum, orang pun senyum balik
Kalau kita menangis, orang yang tengok pun menangis
Kalau kita ketawa, yang menengok pun geli hati
Kalau kita menjerit, kita pun kena jerit.

Life

Is just like squasy.
True.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, September 13, 2012

Why i write.

Hehe. Macamlah sasterawan negara yang nak dok 'why' sana sini kan.
Paling muda umur yang aku ingat aku sangat berjiwa bila menulis adalah ketika aku darjah 2. Walaupun bukanlah cerpen 3helai kertas..tapi mula dari situ aku tahu menulis boleh membantu rasa.
And again. Why?

Maybe.
Itu aja cara untuk melepaskan apa yang tersekat.

Mata melekat mintak rehat.

Gudnite.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, September 11, 2012

Peduli

Seringkas satu panggilan 'hai apa khabar'
Semudah satu pesanan ringkas 'hows life?'
Juga selintas hati terasa-rasa apa agaknya yang sedang orang lain lalui.
Semua mudah.
Cakap pun mudah.
Dan nak pegang talifon dan buat semua tu sebenarnya lagi mudah!

Sila peduli dengan masyarakat.
Sila ambil tahu tentang mereka yang terlintas di hati.
Kepedulian ini pasti menggembirakan hati.
Kalau bukan hati mereka, hati kita.
Hidupkan hati.
Masukkan kunci, pusing, dan hidupkan dengan lafaz basmallah.

Dunia sungguh-sungguh menghimpit sampaikan pedulikan orang lain pun bukan lagi dirasakan tanggungjawab.
Melihat susah orang lain hanya berat di mata.
Sebarkan peduli. Sebarkan kasih!

Reflect.

Wake up! Wake up!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, September 9, 2012

Jagoan

Aku bukan jagoan.
Aku tak mahu jadi jagoan.
Karna nanti aku jadi cinta pada perhatian. Jadi tagih sama pujian. Jadi leka dijulang-julang sebagai jagoan.
Mahunya aku hanya jadi yang biasa-biasa.
Tidak dikenal sebagai siapa-siapa.
Tapi aku mahu hatiku penuh bunga.
Harum.
Mekar.
Juga bisa menyenangkan hati disekitarnya.

Aku bukan jagoan.
Aku cuma anaknya si peladang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, September 3, 2012

Rambut dan Hati

Kan pepatah Melayu ada kata,
'Rambut sama hitam, hati lain-lain'
Tapi orang sekarang ada tambah lagi kat hujungnya,
'Eh, tapi sekarang pun rambut dah macam-macam warna'

Banyak sebenarnya hikmah aku jadi hairstylist ni. At least aku tak menilai hati orang hanya kerana rambut dia blonde!
Juga, aku boleh beri knowledge kepada customer apa-apa pasal rambut yang selalu disalah erti. Ini juga mengajar aku supaya aku tak sewenang bercakap tentang hal yang aku tak ada knowledge.

Semuanya berbalik pada aku. Mengadap pelbagai jenis orang, sikap, sifat, rupa, hati, ihsan, kasih sayang.
Ya, untuk aku semuanya.

:: Teringat-ingat warna honey chocolate..urgh!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kiub

Tahu tak,
katakan life kita ni macam kiub kecik-kecik yang bercantum antara satu dengan yang lain.

Dan entah macam mana terhempas dan terburai macam masa mula-mula Ra One hancur ke bumi tu.
Cannot connect to each other.
Longlai. Sepi. Alone.
Tenggelam. Terbenam.

Dan tiba-tiba jugak ada satu energy yang activate all those cube. Semua kiub bercantum balik and now they are connecting to each other.

Tahu tak,
It is good. I feel it.

Published with Blogger-droid v2.0.6