Wednesday, November 24, 2010

perkahwinan itu bukan rasa gula aje.

menerima sms yg bukan kali pertama dari teman rapat yg belum sampai setahun menjadi isteri adelah satu perkara yg bukanlah enak.
saban kali aku terima sms dari dia tentang betapa stress, tertekan, makan hati dan mcm2 lagi. aku cuba beri kata2 positif sbb aku taknak kawan aku nih buat perkara2 yg entah hapa2. maklum lah org tgh bawak budak nih..org2 kata, emo terlebih. so aku cuba yg terbaik supaya aku tak mengeruhkan lagi keadaan. mmg sampai bila pun aku takkan phm situasi dia sbb aku taktau ape itu rasanya 'perkahwinan'. dan aku pun tak jugak tahu mcmana pulak belah si suami.

sebelum nih aku selalu reply sms dia, aku suruh dia sejukkan hati, bersabar, istighfar, kukuhkan tembok hati dan ntah mcm2 lagi lah...ape saje asalkan bukan aku suruh dia blah dari umah dia. tapi sms dia pagi tadi..ringkas. singkat. tapi aku dpt bayangkan betapa dia menahan beban hati. mmg kalau boleh aku nak ada kat sebelah dia bila2 masa dia nak..yg mana mmg takkan boleh utk aku buat. dan aku balas juga ringkas. 'ko mesti kuat. aku syg ko!'
aku betul2 harap dia tau yg deep inside mmg aku sgt mahu ingin dia menjadi kuat. demi diri dia. demi anak yg dlm proses dibentuk dlm rahim. demi perkahwinan itu.

mungkin ini juga pengajaran utk aku, pelajaran utk aku menjadi seorang sahabat dan teman. juga menjadi panduan utk aku kelak. panduan dlm aku meneliti hidup. panduan dlm aku menyusuri titi kehidupan. insyaAllah.

bukan semudah ABC utk aku bersembang gebang psl perkahwinan.
setakat melihat, mendengar, membaca..itu bukanlah apa2 pengalaman utk aku. aku hanya memandang dari luar. aku hanya penonton. aku hanya rasa yg tempiasnya sahaja. paling kuat pun aku hanya boleh berkongsi air mata, bersedu-sedan bersama. dan ya, aku mmg bahagia bila lihat sisi hidup bahagia mereka. mungkin aku ini tidak berapa diingat bila sisi bahagia itu yg sdg 'on air'. tapi itu lumrah. dan tidak aku kecik hati sikit pun. sbb hubungan itu adalah hubungan yg diredhai Allah. kalau yg couple2 selalu lupa kawan..ya, mmg selalu aku sentap hehe.

apa agaknya rasanya 'perkahwinan' tuh eh?
kehkeh dh mcm soalan SPM. ngekk.



:: aku bahagia juga melihat mereka yg menyambung meneruskan hidup
(eh bestnye senyum camnih!!!! hoho)


;p

3 comments:

nasaoji said...

sila kawen kalu nak tau apa itu ikatan perkahwinan..

tuk baby tu, pasti dia akan membesar sebagai sorg yg tabah, cekal..sebab mak dia lalui suma tu tika dia dlm womb lagi.. ~ peel pembawak budak memang sikit2 akan kena tempias kat anak yg kt kandung~

apa2 pun, andai amik positif tentang sesuatu, pastinya hati tenang..misalnya ~ bercerai ~ oowwhh...Dia dah tulis tiada jodoh..memang pahit..tapi, itulah qada' dan qadar seseorg..err..

**peringatan tuk diri sendiri jua.. ;(",)

nusk said...

recently, sorg teman yg baru nikah sebulan jg dah duduk asing dgn sang suami. bukan nak buka aib memana pihak cuma iktibar buat aku dan teman semua. sememangnya perkahwinan itu tanggungjawab yang aku harap dapat melaksanakannya dgn terbaik...

wa said...

7 thn pertama kritikal momen.. jadi kene banyak bersabar dan tawakkal pada Allah s.w.t atas segala perkara..