Friday, August 14, 2026

Topeng

Ada rasa yang hanya tersekat di kerongkong
Walau tiada yang mengongkong
Namun tiada juga yang menyokong
Terus kau tanpa sedar menjadi sombong

Walau jauh ke dalam lubuk jiwa
Kau terlalu banyak melipat susun satu satu rasa
Kerana kau sedar kau manusia
Yang tak mahu rasa menjadi raja

Entah sudah sebesar istana atau sebuah negara
Jika kususun susun lipatan rasa
Pahit untuk disimpan lama
Perit untuk ditelan seperti gula gula

Mana pergi jiwa besar itu
Mana hilang cita cita seluas lautan dulu
Mana suara yang selalu melaung harapan dan mahu

Rehatlah. 
Jika dengan topeng ini menenang rasa, 
Biarlah. 
Jika dengan topeng ini mengurang dosa, 
Teruslah. 

Kerana di hujungnya nanti, 
Tetap juga hanya tentang kau dan mati. 

Monday, April 6, 2026

Jawapan Tiap Soal

 setiap hari

malah mungkin setiap masa

kita penuh dengan banyak soal

yang mana boleh dikata

hampir semua tidak kita tahu jawabnya


begitu juga soalan soalan besar

malah lebih lagi besar soalnya

lebih besar rasanya

lebih berat menekan dada

lebih halus pedih menghiris hati


bukan mudah soal jawab ini

kerana yang menyoal itu aku

yang disoal itu juga aku


penat ini bagaimana?

syarat syurga itu bagaimana?

aku mahu syurga wahai tuhan

tapi aku penat