Tuesday, September 15, 2026

luka

Aku kira luka kali ini
Terlalu dalam
Atau bukan luka biasa
Tapi luka yang dirobek robek?

Kesedihan yang tidak terungkap
Kerana luka yang ini, tak boleh nak lari lari
Atau boleh?

Ahh mata aku masih belum mahu kering
Macamana ni
Apa yang aku kena buat
Benci bukan satu pilihan
Marah jauh sekali
Kecewa sudah tentu
Sedih yang berlapis lapis, pastinya

Mata kabur lagi
Nafas suam
Dada aku sakit

Aku sedih ya Allah.. 
Tolonglah aku.. 

No comments: