aku benci dgn kesedihan
aku benci dgn kedukaan
aku benci dgn org yg tenggelam dgn sedih dan duka
ape lagi bila sedih dan duka itu melibatkan luka
luka yg tak pernah sembuh
luka yg tak mahu jadi parut
darahnya tak henti2
kalau org sedih atau duka, aku suruh baca La Tahzan
kalau org meratapi kelukaan, aku suruh baca ayat suci Allah
dan akan buat aku lebih benci
bila semua itu berpunca dgn manusia berlainan jantina
tidak kira lah perempuan atau lelaki
sbb aku yakin, ada saja lelaki yg 'frust habis' sbb perempuan
tak patut rasanya aku bila aku benci mereka
sbb itu hal perasaan. itu hal dalaman.
tidak aku faham apa rasa mereka selagi belum aku ada di situ
tapi rasa hilang itu, serasa aku, sama sahaja
tidak kira siapa yg kita hilang.
ya, aku benci mereka sbb aku pernah begitu
tenggelam dan hanyut.
aku berfikir, itu lah 'hilang' yang tidak tertanggung dek aku
dan tuhan itu adil. Dia Maha Adil.
Dia mahu aku tahu apa itu 'hilang'
Dia mahu aku fhm apa erti 'pergi'
Dia mahu aku kenal hati aku, jiwa aku, juga iman.
dlm sekelip mata, aku tidak berbapa lagi.
bapa aku diambil semula oleh tuhan.
bapa aku cuma dipinjamkan utk aku selama 25thn setengah.
pagi pertama aku bangun tidur tanpa bapa,
aku benar kenal bagaimana perasaan 'tak mahu hidup'
aku merasa berat jiwa yg tertanggung
aku pernah berperasaan bagaimana tak mahu 'menerima dunia'
mujur tuhan masih ingatkan aku tentang iman
iman aku yg senipis ini. betapa kecil ketika itu aku rasa.
itu benar benar yang aku tahu 'hilang'.
itu kisah aku.
ini kisah dia.
aku tidak kenal dia.
mungkin baru mahu mengenal2
entah mcmana boleh aku ter'kenal' dia.
ya, aku sekadar kenal dia dari tulisannya.
dan kian hari aku kenal dia, makin aku tertanya2.
apa begitu parahkah 'sakit' yang pernah dia rasa?
yang sakit itu..'lukanya', 'parutnya' atau 'hilangnya'?
aku bukanlah org yg mahu menyelam hati org yg tidak aku kenal
tapi kala aku membaca dia bercerita dgn hati, aku tercuit
dan setiap kali itu aku terdetik 'bagaimana agaknya sakit dia ni?'
ya. benar. aku mmg tidak kenal.
aku mmg tidak tahu apa yg dia lalui.
aku juga tak layak utk menilai dia hanya dari tulisan dia
aku juga tak patut kata yg aku benci dia
dan ya, rasa ingin tahu itu ada.
tapi hanya setakat di situ, tidak melebih2.
kalau dpt aku sampaikan pada dia.
tuhan tak jadikan hari ini kalau utk kita memandang semalam.
org putih kata, past is past. and learn.
jgn sampai nanti kita lupa apa jadi hari ini sbb asyik mengingat semalam.
dan Allah itu sebenarnya syg pada kita
sbb itu dia dtgkan semua ujian ini
bukan semua org merasa hilang, sakit, perit ini
nanti kita dah imun dgn 'sakit' ini, kita jadi lebih kuat
'let go' yg selalu kita ucapkan, hanya kita yg tahu
jgn hanya sebutkan saja, ajar lah hati itu
hati itu boleh diajar.
ajar dia utk melepaskan.
saat kita mengingat semalam,
lantas kita tersenyum dan bukan menangis lagi
ya, itu baru benar melepaskan.
semoga engkau kuat.
bukan kuat menahan atau menanggung
tetapi kuat melontar, melangkah lantas berlari.
:: aku senyum. org putih juga kata; what doesnt kill u, will make u stronger.
;D
No comments:
Post a Comment