Tuesday, August 15, 2023

Usia dan Doa

Semakin usia yang bertambah
Semakin banyak doa yang kita himpun
Dan semakin membukit doa yang kita bisik diam diam dengan tuhan

Mungkin
Kerana itu juga
Kita makin jadi faham
Lalu lebih mendekat dengan tuhan

Kerana yang tidak akan mengecawakan
Hanyalah tuhan
Kerana Dia yang paling tahu
Yang paling sayang
Yang paling kasih
Yang paling adil

Walau banyak doa yang kita minta sambil hati sedih pilu
Sambil kunyah rasa pecah jiwa
Kita tetap yakin
Aku ada tuhan

Wahai hati
Kuatlah berpegang pada diri dan tuhan
Wahai diri
Bertahanlah menjaga sangkamu pada tuhan
Tidak tuhan izinkan jika tidak ada baiknya
Wahai jiwa
Tetaplah kau menjadi besar dan bersinar

Kerana kau tak ada pilihan
Selain menjadi manfaat buat umat


Tuesday, March 28, 2023

Mata

Kata orang,
Hidup ini pilihan kita
Mahu pilih mata lalat
Atau pilih mata lebah

Dalam bahasa lain lapisnya,
Mahu lihat yang sampah
Atau yang madu manis2

Tetapi yang berkata itu mungkin lupa
Lebah atau lalat itu,
Kedua dua nya mahu survive
Itu makanan nya.

Entah apa kaitan yang hendak aku cerita.

Aku kira, mata yang mana pun kita pilih,
Kita kena tahu pilihan kira itu bawa ke mana
Untuk kita hidup lebih baik
Atau mudarat diri kita

Seriously, 
Tak mudah.

Thursday, March 16, 2023

Sedar Diri

Bunyi nya ringkas
Tapi tak mudah nak mudah2 sedar diri

Bunyi nya mudah
Tapi sebenarnya boleh bawa kita tenggelam ke dasar laut atau melayang atas awan

Bicara soal dosa pahala
Kita jadi bingung
Berdosakah meluah rasa
Atau simpan saja kerana sedar diri

Salahkah jika suara itu untuk membaik diri
Atau memangnya, semorang nanti 'sedarlah tu nanti'. Iyakah?

Aku makin hilang diri, serasa aku
Nak dikejar ke mana
Makin tertoleh toleh kanan kiri atas bawah
Aku makin ke dasar

Ke dasar yang aku kira
Sejuk
Tenang
Kelam
Nyaman

Dan gigitlah aku diri sendiri
Kunyah2 tak hadam

Pelan pelan lah Nurul
Sedar diri yang sentiasa perlu Allah
Sedar tak yang ni?

Wednesday, October 13, 2021

Tolak

Siapa sangka
Dalam biasanya kau temu
Tolak itu selalunya ke bawah
Tolak itu pijak henyak
Tolak itu membunuh

Rupanya
Akan tiba satu ketika
Apabila kau difahamkan
Dan kau didatangkan
Dengan erti tolak yang beda

Kau ditolak lebih dari kau fikir kau mampu
Kau ditolak ke satu sisi yang baharu
Sisi yang lain tetapi rupanya eh, ini aku
Kau ditolak untuk dapat udara yang baharu

Tak selesa
Sering sering keliru
Ada masa bergaduh dalam diri
Bukan untuk apa
Untuk kau ingat kembali halatuju diri

Dan setiap satunya
Kau tahu bukan kerana tanganmu
Ia atas kehendak Dia
Dengan izin Dia
Dan tetaplah diri, untuk serah urusanmu sepenuhnya kepada Dia.

Tuesday, August 31, 2021

Hilang

Rupanya
Rasa sakit hilang orang ini
Akan tetap sakit
Dalam cara yang berbeza

Kau fikir
Yang kau dah rasa
Setiap sakit kehilangan

Bahkan
Kau rasa yang kau 
Akan kuat untuk hadap 
Jika kau hilang lagi

Dan rupanya aku salah lagi
Iya, aku salah
Sakit hilang ini
Tetap pedih dan perit
Lagi lagi apabila
Kau tak disuruh memilih
Tetapi kau pilih menjadi adil

Adil terhadap perbuatan
Adil terhadap perasaan
Adil melebihi rasa kasih

Aku tak tahu jalan esok yang menunggu
Samada lurus atau liku
Namun aku yakin dan tahu
Bahawa tuhan yang satu
Tak akan sekali kali biar aku buntu

Dan aku
Menjadi hamba
Aku mohon dan rayu
Dia terus pandu

Monday, July 26, 2021

Bukan

 Bukan kerana hidup ini sedih sentiasa

Bukan juga kerana celaru selalu

Bukan kerana tiada yang gembira

Tapi kerana yang pilu kelat ini

Selalunya tersekat di tekak

Dan keluar melalui hujung pena dan jemari


Dunia baharu ini

Sungguh sungguh baharu untuk aku


Ada ketika aku berharap semuanya beku kaku

Ada ketika aku harap semuanya laju laju

Ada ketika pula aku harap ini semua tak berlaku


Bukan

Aku bukan menolak ketentuan

Cuma aku ini manusia yang terhad pengetahuan

Aku tak mampu tolak rasa naik turun tak ketahuan

Namun aku percaya Tuhan

Yang sudah atur semua

Bukan suka suka

Tetapi diatur dengan cintaNya

Wednesday, February 3, 2021

Baik

Aku kira hari ini aku tewas

Dalam perangnya aku melawan lemas

Aku kira

Menolak dengan kaki sekuatnya

Mengepak tangan seluasnya

Dapat menjauhkan aku dari dasar

Dan timbul kembali bernafas


Rupanya

Aku hanya perlu tahu diri

Yang tak kuat pun sendiri sendiri


Rupanya

Apabila menjawab 'baik' apabila ditanya kabar

Sedang kau berhati tawar

Hati kau semacam ditusuk selumbar

Kerana kau menidakkan yang benar

Atau kerana kau cuba buat buat benar?



Sunday, July 5, 2020

Serah

Mudah lafaz di lidah
Namun
Apabila tiba yang nyata
Tidak lah mudah

Kerana apabila dikata serah
Tidak ada lagi yang
Sandaran pada diri

Serah mengajar diri tentang
Kenal hubungan dengan tuhan
Tentang diri yang tidak ada apa kuasa
Tentang kau ini hamba saja

Belajar tentang serah
Bukan serah semata menyalah taqdir
Bukan serah mengalah pada cerca manusia
Bukan serah lalu terbungkam sendu atas katil

Ingat tentang satu hal
Kau bisa usaha sehabis baik dari kau
Yang mengizin, Dia
Kau bisa dikata yang terbaik atas dunia
Yang memberi, Dia
Serah hati kau pada Dia
Supaya Dia pelihara sebaiknya.

Friday, April 5, 2019

Luka

Apa lagi yang lebih pedih
Dari ditumbuk lagi
Pada luka yang sedang menyembuh?

Rabak.
Sesak.

Terasa mahu pergi lari
Mahu nyorok sendiri

Dan kau jadi lebih hiba
Apabila kau tenggelam suara
Suara kau tak mungkin ada harga
Dek mereka yang tak mahu terima

Kau tak mahu sia sia
Dan kembali, kau hiba
Cari cara rawat luka

Kau jumpa.
Ubatnya.
Cukup. Sudah.
Luka tak berhak mencuri hidup kau
Kerana hidup ini, hak kau.
Jangan beri orang curi.

Dan luka, dia pandai sembuh sendiri.